

Sejarah Pendidikan Malaysia

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957)
- Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada beberapa aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil
dan Sekolah Agama (Madrasah). Setiap sekolah mempunyai bahasa pengantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain.
- Namun, menjelang kemerdekaan, orang melayu mula timbul kesedaran untuk memajukan pendidikan.
- Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:
1. Laporan Barnes (1951) - bagi menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu.
2. Laporan Fenn-Wu (1951) - untuk menyemak pendidikan kaum cina.
3. Ordinan Pelajaran (1952) - mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan.
4. Laporan Razak (1956) - meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Zaman Dasar Ekonomi Baru
(1971-1990)
- Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008).
- Tempoh diantara tahun 1970 – 1990, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum dan ia merupakan era penyusunan semula pendidikan bagi mencapai matlamat tersebut.

Zaman Dasar Wawasan Negara
(2001-hingga sekarang)
- Pada zaman ini, Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan cabaran alaf ke-21.
- Penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya:
1. Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002).
2. Pada tahun 2003, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan.
3. Pada tahun 2003 juga, Bayaran Intensif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan. 4. Pada tahun 2005, Program J-QAF dilancarkan dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid-murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Asas-asas Fardhu Ain apabila tamat sekolah rendah.
- Perubahan yang paling signifikan ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004 yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan pendidikan di Malaysia.

Zaman Pasca Merdeka
(1957-1970)
- Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan.
- Pada tahun 1960, perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh jawatankuasa Rahman Talib untuk dijadikan asas pada penggubalan akta pelajaran 1961 yang menggariskan:
1. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan 2. Penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama kepada semua pelajar
- Pada tahun 1962, dasar pendemokrasian pendidikan bermula dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar.
- Pada tahun 1964, dasar ini diperluas berikutan daripada penghapusan peperiksaan pemilihan kemasukan ke sekolah menengah dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun. * Ekoran daripadan penghapusan peperiksaaan itu juga, kadar penyertaan ke sekolah menengah semakin meningkat di samping terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat yang bermula tahun 1992.

Zaman Dasar Pembangunan
Negara (1991-2000)
- Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara.
- Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta seperti:
1. Akta Pendidikan 1996
2. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
3. Akta Majlis Pendidikan Tingi Negara 1996
- Selain itu, terdapat beberapa perubahan lagi, antaranya;
1. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999.
2. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma.
3. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
4. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.